Program “USR STEM SK Padang Melangit” ini dijalankan untuk menarik minat para pelajar sekolah rendah di Sekolah Kebangsaan Padang Melangit, Perlis dalam bidang sains dan matematik. Sekolah ini merupakan salah sebuah sekolah STEM luar bandar yang terletak di Jalan Padang Melangit, Beseri, Perlis. 

salam sk padang melangit pusat tvet unimap

Program ini bermatlamat memberi pendedahan dan peluang kepada pelajar sekolah rendah melawat ke Universiti Malaysia Perlis dan melibatkan diri dalam aktiviti yang dirancangkan. Disamping itu dapat memupuk sikap positif dan keseronokan dalam pembelajaran sains dan matematik serta mengaplikasikan apa yang telah dipelajari sewaktu pembelajaran formal di sekolah.

OBJEKTIF

 Objektif diadakan program USR STEM ini ialah untuk:

 1. Meningkatkan minat pada mata pelajaran Sains dan Matematik bagi para pelajar Sekolah Kebangsaan Padang Melangit menerusi aktiviti-aktiviti lawatan dan pembelajaran yang dijalankan.

 2. Mengikis tanggapan para pelajar khususnya bahawa mata pelajaran Sains dan Matematik adalah susah sebaliknya sangat menarik untuk dipelajari.

 3. Memberi pengalaman menarik kepada pelajar semasa lawatan ke Universiti Malaysia Perlis.

 4. Menjana minda kreatif dan inovatif dalam kalangan pelajar

 5. Memupuk nilai-nilai murni dalam kalangan pelajar seperti sikap bekerjasama, berkeyakinan dan bantu-membantu.

 

IMG-20240904-WA0033

 

vIMG-20240904-WA0037

 

IMG-20240904-WA0029

 

IMG-20240904-WA0032